WELCOME TO MY BLOG
Why is it THE VOCIFEROUS-FILLE?

Vociferous is an adjective which can be defined as an expressing opinions or feelings in loud and confident way

Fille is actually a French word mean a girl.

I take this blog as a medium for me to share my opinions or knowledge with other people. Feel free to read and have a blast! ;)

Monday, October 19, 2009

Jejak Kasih

Bunyi tittle macam best aja, sebenarnya memang best pun. Lately ni, tiba-tiba after PMR start contact kawan kawan lama masa primary school. Huwaa, syokk gilaa beb. Even aku adalah jealous sikit bile dengar cerita dia orang dengan kawan kawan baru dia orang. Tak apelah aku pun sama macam gituu. hee. Hidup mesti berkawan. Aku pun sekarang happy dengan bestfriend aku semua tuu. hee


Semalam, bestfriend lama aku nama dia Shahira Rukhaya, aku panggil die Iera. Dia buat open house then jemputlah aku. Aku pun datanglah pasal niat kalau boleh nak sangat jumpa member lama. Tapi bila dah datang aku naik segan pasal ada member member dia yang sekolah SDARY tu. Aku tak banyak cakap sangatlah. Iera still tak berubah still rock macam dulu. hee. Dia tu memang tak lupa kawan betol. 


Then aku adelah jumpa Rashidah Ramlee. Dia ni masa sekolah rendah dulu memang terkenal dengan kepetahan dan kekepohan dia tu. Termasuklah cara dia ketawa. Cerita yang tak lawak pun aku bole ketawa, bukan pasal apa pasal geli hati nengok dia gelak. Sampai sekarang still lagi tak berubah. hehe. Rumah Iera kat Denai 12. Masa nak pergi sana pun dalam otak aku memang dah plan nak pergi rumah bestfriend aku yang dah lost contact 2 tahun setengah. Nama dia Ikhwana Izzati.


Aku dengan Izzati ni dulu macam belangkas. Rapat gila gila. Sampai mak dia pun dh kenal sangat dengan aku. Bila aku sampai je rumah dia, aku nampak dia, teros aku lari pergi pelok dia. Rindu gila. HAHA. Pasuh aku salam mak dia. At first mak dia tak kenal aku, bila aku cakap ' Cik Ati ni Amalina laa' teros dia macam excited teros pelok pelok. HAHA. Tergelak aku. Dia cakap dia tak kenal aku pasal aku dah putih HAHA. 

Aku duduk melepak dekat rumah Izzati dari pukul 5 sampai lepas maghrib baru aku balik. Banyak gila cerita keluar. heeee. Kebetulan masa tu ada pulak Shafiq Mat Kasa. Dia sekarang dah tak macam dulu. Semakin besar semakin handsome sikit. Dulu dia chubby sekarang dah kurus, sama tinggi dah dengan aku. hee. Macam macam cerita jugak keluar. Then dia ada bagi aku answer untuk paper PMR. heeeee



Then hari ni, Hari Isnin. Tengahari tu seperti biasa rutin aku kat rumah ni meng-online aje. Tiba tiba aku dikejutkan dengan satu panggilan. Panggilan dari bestfriend aku dulu yang memang rapat gila after Izzati. Nama dia Liyana Rosli. Dia kata dia dapat free call. So dia bergayut dengan aku selama 3 jam. Panas telinga aku. Yana ni lagi sorang, kepetahan dia bercakap memang tak dapat ditandingi. Selama tiga jam non-stop bercakap je.


Cerita macam macam keluar. Seronok tauu tk. Yana cerita pasal sekolah dia la, kawan kawan dia la, senior dia dll. Then yang paling tak boleh bla sekali, bila mak dia dok cakap kat dia 'Amalina sekarang dah putih'. Huwaa, again! Yana siap dok bercerita dengan kawan dia nama Syera yang aku kenal kat Myspace. Then kawan dia pun dok tanya aku pakai apa. Adoii. Aku pun tak tauu nak cakap apa. 


Tetiba aku terfikir, aku ni dulu hitam sangat ke. HAHA. Dulu yelah, main sport. Main handball and netball. Tiga tahun duduk berjemur tengah panas. Naik sekolah menengah semua tu dah hilang. Aku manusia yang dulunya active sport skang dah anti-sport. Time latihan rumah je mula la aku nak melarikan diri. HEHE. Tapi aku still join kawad kaki pe. Cuma kulit tu jadi zebra dalam masa dua bulan lebih je. Pasuh start duduk rumah jaga kulit balik hehe.


Seronok taw dapat contact kawan kawan lama. Nanti aku nak cari balik gambar gambar lama. Naty nak upload kat sini. Hari tu just sempat snap gambar dengan Izzati and Shafiq jee. Iera nan Shida tak sempat pun. Tapelah panjang umur jumpa lagi kan. Nak sangat jumpa semua kawan lama. Buat gathering ke reunion ke. Kumpul ramai ramai mesti seronok hee :)





1 comment:

saifullazeen said...

Salam, apa khabar Amalina d sana? smoga suksess selalu...