WELCOME TO MY BLOG
Why is it THE VOCIFEROUS-FILLE?

Vociferous is an adjective which can be defined as an expressing opinions or feelings in loud and confident way

Fille is actually a French word mean a girl.

I take this blog as a medium for me to share my opinions or knowledge with other people. Feel free to read and have a blast! ;)

Thursday, December 17, 2009

Mari Berbicara Tentang Kawan

Bagi aku kawan itu umpama krayon yang berwarna-warni. Hidup kita ibarat sebuah kertas lukisan yang putih bersih lagi suci. Kawan kawan mewakili setiap sebatang krayon, mereka lah yang akan mewarnai kehidupan kita. Kawan yang baik akan mewarnai kehidupan kita dengan warna warna yang ceria mewakili kehidupan kita yang sentiasa gembira dan ceria. Kita yang berhak memilih krayon yang mana kita suka sama juga dengan rakan. Jika kita memilih warna yang hanya akan merosakkan sebuah lukisan itu ertinya kita telah merosakkan masa depan kita.



Kegembiraan yang kami ciptakan suatu ketika dahulu dn hari ini tiada lagii. We miss you tca :(

Bagi aku kawan itu tidak ternilai harganya. Kawan juga merupakan salah satu aset yang paling berharga dalam kehidupan seseorang insan. Menjaga sesebuah ikatan persahabatan itu sangat penting supaya ia tidak terputus di tengah jalan. Toleransi, sayang menyayangi, dan saling membantu merupakan aspek yang perlu dititikberatkan. Aku sayang kawan kawan aku. Mereka kegembiraan aku. Bergelak ketawa sambil bercanda bersama sama dan mengharungi kedukaan ku bersama sama. Aku tak bisa membayangkan hidup ini tanpa kawan, tentunya KOSONG! Tiada krayon yang akan mewarnainya.




Patah tumbuh hilang berganti. Mereka kegembiraan aku. Teman bercanda dan pendengar setia di kala kedukaan melanda. I love youuu people. Hoping fr everlasting friendship. InsyaAllah. Amin

Tirai 2009 bakal berlabuh kurang dari sebulan. Selamat datang 2010. Pelbagai memori yang bakal diciptakan. Mungkinkah memori itu bersama sama kawan yang sama. Bagi aku, aku sendiri tidak dapat menjangkakan. Mungkin ada di antara kami yang bakal meneruskan perjuangan di tempat lain. Kita mungkin tidak akan dapat meneruskan perjuangan di bawah satu bumbung yang sama. Mungkinkah gelak tawa pada 2009 ini gelak tawa yang terakhir buat kita. Sedih. Itu yang mampu aku katakan. Aku juga takut jika suatu ahri apabila mereka sudah bertemu dengan rakan baru dan akhirnya melupakan kami.


Mungkinkah memori yang indah ini akan terpadam begitu saja dari benak fikiran kita?

Entri ini aku dedicate pada bestfriend aku yang paling hebat. Korang memang best, sporting dan korang bukan kawan yang bersama dikala senang dan tinggal di kala susah. Terlalu banyak yang kita dah harungi bersama. Aku sayang korang gile gile. Tak ada sesiapa yang bisa memisahkan kita kecuali mati. Aku janji andai aku terpaksa tinggalkan korang, aku tetap akan berusaha mengekalkan persahabatan yang telah kita bina. Aku harap korang jugak begituu :)

Balqies : Kau superduper the bestt. Kau nampak diam, tapi sebenarnya kau penuh dengan keceriaan. Kesedihan pada wajah kau buat aku rasa janggal dan tidak kenal siapa kau. Be strong Bal. Thanks sebab jadi kawan yang baik even baru tahun ni kite rapat. Bile aku sedih kau pandai pujuk aku, kau buat aku gelak guling guling. Aku sygg kauuu!


 Maisarah : Aku sayang kauu gile gilee. Aku memang suke kacau kau mse kau tido dalam kelas. Sebab aku bosan HAHA. Kau selalu teman aku pergi banda. Kau cover aku. Aku selalu cerita kat kau cerita cerita bosan aku tapi kau dengarkan jee. HAHA. Aku sayang kau, mak kau pun HAHA.

Aina : Aina yg superb. HEE. Masih setia dengan aku dari form 1 sampai skang dah form 3. Kau pencabar aku yang paling dekat. Kau yang selalu bakar semangat aku nak bersaing dengan kau. Kau jugak pendengar setia cerita bosan aku dn tak pernah sekali pun kau hampakan aku dengan nasihat nasihat kau yang mang mantop tuu :P Even kite selalu gaduh, tp itu yang buat kite seteguh ini. Aku perlukan kau. Aku sygg kauu jgk! 



Izyan : Bestfriend tuition. Diam diam ubi. Die tak blurr yang macam korang sangka. Dia baikk gilee. Tapi memang full of secret HEHE Aku syg kauu. If kau pindah tkda orang nk teman aku tuition.


Tasha : Aku rindu kau! aku rindu nk denga kau gelak. Aku rindu bile kite lepak sama sama. Aku rindu kau sangat sangat :]


 Salmah : Even class jauhh tp kau memang gileee. Kau happening. Aku sayang kau budakkk!


Setiap seorang kawan aku, ada keistimewaannya tersendiri. Pastinya tak akan ada pada orang lainnn. Terima kasih jadi kawan aku. Semoga Allah memberkati tali ukhwah yang telah kita ciptakan bersama. InsyaAllah.

2 comments:

aina syaqilah said...

*kesat air mata.

HAHA. selagi hayat dikandung badan, aku janji aku takkan putuskan friendship kite ni. mati je yang dapat pisahkan kite. chehh ayat

ye dulu aku slalu gado dgn kau. and tiap kali gado, aku laa yang buat hal. tapi chill lahh. masa mendewasakan kite. btw, kalau tak gado, kite smue maybe tak rapat macam ni

baalkis said...

ninaaaaa si buahh hati,
aku sayangg kaw doee,gile gile punyee.
aku harap friendship takkan putus sampai bile bilee :)