WELCOME TO MY BLOG
Why is it THE VOCIFEROUS-FILLE?

Vociferous is an adjective which can be defined as an expressing opinions or feelings in loud and confident way

Fille is actually a French word mean a girl.

I take this blog as a medium for me to share my opinions or knowledge with other people. Feel free to read and have a blast! ;)

Thursday, December 31, 2009

Konklusi buat 2009 (T__T)

Pada aku 2009 sama juga seperti tahun tahun yang lain, bakal meninggalkan aku dengan seribu satu kenangan. Tidak banyak yang berlaku, tetapi 2009 mengajar aku erti persahabatan. 2009 juga mengajar aku bahawa usaha yang berterusan akan membawa kejaya. Konsinsten itu yang penting dalam pelajaran. Diam adalah jalan yang paling baik. Diam tidak akan melukakan sesiapa, dengan diam juga tidak menambah dosa. Aku semakin matang. Semakin bijak menggunakan perkataan bombastik dalam tulisan, semakin pintar berkata kata dan semakin menyerlah dalam kepimpinan. Semua ini aku pelajari pada tahun 2009.

2009 merupakan tahun yang penat buat aku. Setiap hari pulang pada jam 4 petang kecuali hari Jumaat. Hari Selasa aku pulang ke rumah pada jam 6:45. Jumaat pulang pada jam 1 lebih dan 2:30 keluar menghadiri kelas tuisyen dan akhirnya pulang ke rumah pada jam 6 petang juga. Hampir setiap malam aku stay up sampai jam 12. Eye bag pada mata aku, itu buktinya. Sehingga kini belum mampu dihilangkan. Tetapi aku bersyukur penat lelah aku berbayar apabila pada tarikh 24 Disember aku disahkan memperoleh 8A dalam Peperiksaan Menengah Rendah. Terima Kasih tuhan. 

2009 juga merupakan tahun yang menguji peranan aku sebagai seorang sahabat. Aku hilang sahabat. Ya, bukan seorang tetapi dua tiga empat orang. Mungkin kerana diri aku sendiri. Kata mereka aku berubah. Yang mungkin aku berubah dan minta maaf. Jadual aku terlalu padat. Aku tak cukup rehat dan aku hanya senang untuk berkomunikasi dengan supergirlfie aku sahaja. Dengan orang lain, aku lebih senang diam. Kau kata aku berubah, kau satu gang tak layan aku badi aku. Thanks a lot doeee. Kawan kau yang sorang tu siap sound aku lagi. Tapi takpelahh, tahun 2010 baru aku layan korang.

Terima kasih, buat girlfie dan boyfie. Awak awak memang rock. Saya sayang awak awak taww! Saya sayang Sahera Balqies, Aina Syaqilah, Maisarah Mansor, Izyan Hazwani, Salmah, Natasha Riduan,  Farhan Mansor, Yusre,  Afifah Adib, Hasnita, Farahin, Luna, dan lain lain. I lovee you people. Thanks sebab menabur memori dalam 2009. Azam 2010? Tunggu entri yang akan datang. Byebye