WELCOME TO MY BLOG
Why is it THE VOCIFEROUS-FILLE?

Vociferous is an adjective which can be defined as an expressing opinions or feelings in loud and confident way

Fille is actually a French word mean a girl.

I take this blog as a medium for me to share my opinions or knowledge with other people. Feel free to read and have a blast! ;)

Saturday, October 10, 2009

Things Happen For a Reason

Tahukah anda bahawa semua perkara yang terjadi di dunia ini adalah dengan keizinan Allah? Tanpa izin daripadanya maka perkara perkara tersebut tidak akan terjadi. Perkara yang dimaksudkan di sini adalah seperti kejadian gempa bumi, panas dan hujan, siang dan malam, bercerai kasih, pertemuan dan macam macam lagi.

Sebenarnya, aku terpanggil untuk menulis entri ini selepas membaca sebuah entri yang mengisahkan seorang lelaki yang tidak dapat melupakan sang kekasihnya yang dahulu. Dia terlalu berharap pada bekas kekasihnya itu walaupun perempuan itu telah mengatakan bahawa dia tidak mahu diganggu lagi. Tetapi lelaki ini terus menerus berusaha menulis sebanyak mungkin tentang perasaannya terhadap bekas kekasihnya itu.


Aku mengerti perasaan lelaki itu. Untuk melupakan seseorang yang amat kita sayangi dan cintai walaupun baru berusia belasan tahun bukan perkara yang mudah. Aku juga mengalaminya walaupun kini aku berusia 15 tahun. Kanak kanak zaman kini, semakin cerdik dan pintar. Mereka cepat mengerti dan boleh dikatakan cepat matang tidak seperti orang orang dahulu. Mungkin kerana dunia kita semakin maju dan hal sebegini juga sering dipaparkan di media elektronik seperti tv yang semua orang mampu memilikinya.


Memang indah bila dilamun cinta. Tetapi apabila cinta itu terhenti di tengah jalan atau mungkin tidak dibalas, peritnya Tuhan saja yang tahu. Kadangkala ada yang sanggup mengambil jalan mudah dan menanggung dosa yang tersangat besar dengan cara membunuh diri. Tetapi sebagai seorang yang beragama Islam, kita perlu yakin pada Qada' dan Qadar. Semua perkara yang terjadi di atas muka bumi ini ada hikmahnya. Antara kita perasan atau tidak perasan sahaja.

Apabila ditimpa musibah, orang selalu kata Life must go on. Let bygones be bygones. Kata kata yang mudah untuk dilafazkan tetapi sukar untuk dilaksanakan. Tak semua orang kuat dan tabah. Tetapi, yelah apabila kita diberi dugaan, sebenarnya kita disuruh untuk muhasabah diri. Lihat balik diri kita. Mungkin kita terlupa pada yang di atas sana. Sememangnya dugaan diberi untuk menguji ketabahan dan juga mungkin ketaatan seorang hamba kepada Allah.


Apa yang dapat aku kongsikan di sini, apabila anda 'break up', berusahalah untuk melupakan si dia. Sememangnya hal ini bukan sesuatu yang mudah, tetapi anda perlu memaksa diri anda berbuat demikian. Selain itu, buanglah segala pemberiannya. Cuba untuk buat diri anda sesibuk yang mungkin supaya tidak berpeluang untuk berfikir tentang dirinya. Akhir sekali, berdoa dan bertawakal lah kepada Allah :)

1 comment:

aina syaqilah said...

bila aku dah bace smpai abes
baru aku phm mesej entry ni
kau nak bagi seseorang paham kan ?
:)