WELCOME TO MY BLOG
Why is it THE VOCIFEROUS-FILLE?

Vociferous is an adjective which can be defined as an expressing opinions or feelings in loud and confident way

Fille is actually a French word mean a girl.

I take this blog as a medium for me to share my opinions or knowledge with other people. Feel free to read and have a blast! ;)

Monday, September 7, 2009

Tolong. Maaf

Suddenly aku rasa tersangat sakit hati dan jiwa aku kembali tak tenang seperti selepas solat Isyak tadi. Aku sengaja jenguk blogspot aku tanpa log in. Dan terbaca satu comment yang aku sendiri tak dapat menyifatkannya sebagai apa. Apa yang ingin aku katakan disini kepada insan tersebut aku dah lama maafkan kau.

Tolong berhenti menggangu hidup aku. Biarkan aku hidup dalam dunia aku sendiri bersama sama kawan kawan yang aku senangi. Mungkin kau akan katakan aku kejam bukan, ya aku pun rasa aku kejam. Sebelum aku menulis entri ini juga, aku telah berfikir masak masak dan bertanyakan pendapat seorang rakanku dan keputusan aku untuk melahirkan entri ini aku fikir adalah jalan yang terbaik.

Tolong, berhenti contact aku sebab aku kini, feelingless. Ucapan dan kata kata kau pada aku, sedikit pun tak memberi kesan malah membuatkan aku rasa kau menjengkelkan. Perasaan aku pada kau dah lama aku buang dan semakin hari semakin pudar. Aku juga susah untuk menerima kau kembali seperti dahulu dan aku rasa itu mustahil.


Tak dapat menerima kau kembali, bukan disebabkan aku mengejar cinta pertama aku, tetapi atas sebab lain. Aku rasa terlalu disakiti, dan kau tak perlu takut sebab aku dah maafkan kau. Cuma perasaan itu belum hilang. Dan tolong, berhenti panggil aku dear, darl dan seangkatan dengannya. Aku tak suka. Sebab aku bukan Nina yang kau kenali dulu.

Aku rasa, lebih elok jika kau melupakan semua ini. Buanglah aku daripada hidup kau. Berhenti ambil tahu pasal aku. Kejar cita cita kau tu. Ingat apa yang kau pernah katakan pada aku dahulu. Jauhi zina hati. Kerana semua itu hanya akan membuatkan kau lalai dan lupa kepada siapa kau patut berikan cinta kau tu. Jangan hanya tahu berkata kata tetapi laksanakanlah seperti apa yang kau ucapkan.

Aku memohon ampun dan maaf tentang apa yang telah aku katakan disini, dan dosa dosa sejak aku mula kenali kau. Aku telah memaafkan kau, dan kau tak perlu menyesal sebab hilang aku. Bersyukurlah dan aku pasti ada hikmah di sebalik semua ini. Aku doakan kau, berjaya dalam peperiksaan akan datang. Walaupun, aku melarang kau contact aku, aku tetap menganggap kau sebagai seorang kawan. Kerana kau pernah membuatkan hari hari aku gembira di masa lalu. 

2 comments:

meen. said...

i know who :)

nadzmienasir said...

oke thanks!
lepas nie aku takan kacau hidup kau lagi tapi untuk pengetahuan kau, aku hanya ingin berkawan dengan kau sahaja dan tidak menaruh perasaan apa apa lagi pada diri kau sedikit pun cume sedikit rindu lahir pada diri aku terhadap kau. Oke permohonan terakhir aku pada kau hanya meng 'approve' aku dlm myspace supaya aku dapat mengetahui perkembangan kau dari semase ke semase dan supaya tidak terputus hubungan silaturahim antara kita. thanks again!