WELCOME TO MY BLOG
Why is it THE VOCIFEROUS-FILLE?

Vociferous is an adjective which can be defined as an expressing opinions or feelings in loud and confident way

Fille is actually a French word mean a girl.

I take this blog as a medium for me to share my opinions or knowledge with other people. Feel free to read and have a blast! ;)

Tuesday, September 8, 2009

Mengeluh lagi

Entri ini di tulis  bagi menerangkan kembali apa yang telah di salah anggap atau tersalah faham. Dan pastinya, sekali lagi ditujukan buat seseorang. Huhh. Rasa macam malas je nak menulis, sebab malas nak bergaduh atau bertekak atau segala ber di bulan ramadan yang penuh barakah ni.


Tapi terpaksa juga aku menarikan jari jemari aku di atas papan kekunci ni untuk membetulkan suatu perspektif yang telah di buat terhadap aku dan perkara itu sememangnya auta belaka. Beginilah, aku tidak pernah berdendam dengan kau, jauh sekali aku nak membalas balik apa yang kau telah buat pada aku tu. Jika aku berniat demikian sejak sekian lama telah aku laksanakan.


Kenapa aku berubah mendadak sebegini, alasannya sangat simple kerana aku merasakan diri aku terlalu disakiti dan kesabaran itu telah sampai kemuncaknya. I wish, aku merupakan seorang yang tabah dan tegar, tetapi hakikatnya aku ini manusia biasa yang punya hati dan perasaan. Aku juga manusia yang punya hati yang akan terluka bila disakiti. Ya, kau juga manusia biasa yang mungkin tak perasan apa yang telah kau lakukan tapi tak mengapa. Aku faham.


Seterusnya, tolong jangan katakan bahawa aku menganggap kau seperti menaruh perasaan terhadap aku. Seolah olah aku ini perempuan yang tersangat vain. Aku menulis entri sebegitu kerana itu apa yang hati aku rasakan dan aku nak kau tahu betapa aku tidak suka akan semua ini. Dan frasa kembali seperti dahulu itu bermaksud untuk berkawan lebih rapat seperti dahulu itu mustahil.


Mungkin juga kerana aku mengungkit soal zina hati, itu yang membuatkan kau katakan bahawa aku tersalah faham. Apa yang ingin aku katakan sebenarnya rindu itu merupakan zina hati bukan. Aku yakin kau lebih arif tentang hal ini berbanding aku bukan. Permintaan terakhir kau tu, akan aku pertimbangkan. Blogspot, ini juga aku rasakan cukup aktif dan segala perkembangan aku selalu aku cerita disini.

Kini, aku harap kau faham kenapa sebelum aku menulis entri semalam dan hari ini, aku mengambil keputusan membisu. Kerana aku tahu hal sebegini akan terjadi jika aku mula buka mulut.  Kau mungkin menyesal bukan kerana mengundang aku untuk membuka mulut. Sememangnya aku seorang yang tidak mahu kalah, dan apa yang aku tulis itu terlalu menyakitkan walaupun dalam bahasa yang sangat halus. Dan sekali lagi, MAAF.

1 comment:

Sharifah Amirah Hanis said...

woah,
dalam mksudnyer..
be tough!