WELCOME TO MY BLOG
Why is it THE VOCIFEROUS-FILLE?

Vociferous is an adjective which can be defined as an expressing opinions or feelings in loud and confident way

Fille is actually a French word mean a girl.

I take this blog as a medium for me to share my opinions or knowledge with other people. Feel free to read and have a blast! ;)

Tuesday, November 3, 2009

Sila beri peluang dan sedikit kepercayaan

Semalam dan hari ni merupakan hari yang cukup memedihkan dan menyakitkan hati aku. Bagai ada satu kaca yang tercucuk di hati ini dan sebijik batu yang besar terhempas lalu terkena kepala. Berat. Banyak sangat bebanan. Hal ini tidak berkaitan dengan relationship aku, tetapi berkaitan dengan Farewell partyHal inilah yang bermain main di dalam benak fikiran ku sehingga terbawa bawa tidur.


Aku terlalu pelik, kenapa idea kami, team urusetia di tolak mentah mentah. Jujur aku katakan aku terlampau marah dan sakit hati kerana idea dan perancangan kami cukup rapi. Dan satu tepukan gemuruh patut diberi buat FFC yang telah bertungkus lumus mencurahkan idea, membazirkan masa memikirkan tentang perkara ini dan membuat survey ke merata tempat. Tapi sayang, Puan, kamu tutup mata kamu dan tidak beri kelulusan buat kami. Tetapi saya juga manusia Puan. Apa rasanya bila penat lelah kami ditolak begitu saja. Lebih baik tidak usah tubuhkan AJK. Kita buat apa sahaja yang ada.

Aku terlalu pelik dan tersangat pelik, Puan sebagai seorang guru yang saya kira tersangat berpengalaman, seharusnya mendengar dan mempertimbangkan. Jangan under estimate kami. Buka fikiran Puan sebagai mana yang sering Puan katakan kepada kami. Seharusnya Puan memberi sokongan padu buat kami. Saya sama sekali tidak berniat untuk berkurang ajar kerana saya tahu siapa saya dan kedudukan saya sebagai pelajar. Tambahan pula, dengan keputusan PMR yang masih tidak keluar.

Beri kami peluang, yakin pada kebolehan kami seperti mana 'Mummy' kami yakin pada kami. Jangan terlalu fikir negatif, cuba dahulu. Kami juga berpengalaman mengendalikan event seperti ini even pada seusia muda sebegini. Kami perlukan sokongan dari pihak Puan. Jika Puan menyokong kami, InsyaAllah tiada halangan. Masalah bayaran hanya 5 ringgit sahaja kami minta, berbanding party di hotel yang memakan RM30 per head. Frankly speaking that Im really disappointed and almost give up.


Bayaran bukan satu masalah. Hari ini saja kami telah mengumpulkan duit sebanyak 100+. Ini membuktikan kami menerima respond yang sangat baik. Dan rakan rakan yang lain memberi kami sepenuh kepercayaan untuk mengendalikan majlis yang bakal menyajikan persembahan dan aktiviti yang cukup gempak. Objektif kami untuk menyatukan semua pelajar form three dan buat semua orang happy even sajian makanan yang tidak seberapa tapi kami masih bersyukur.


Kami kira party ini, satu satunya party yang akan diadakan. Memandangkan tidak semua orang mampu untuk ke hotel. Masalah kami tidak menerima idea dari mana mana pihak dan hanya mengikut kepala kami sahaja sama sekali tidak benar. Sejak dari hari pertama AJK ditubuhkan dan semua pelajar tahu bahawa saya, Amalina Suraya Sahar sebagai urusetia, tidak seorang pun hamba Allah yang datang bertemu dengan saya untuk memberi sedikit idea melainkan AJK saya. 


Puan mengatakan mungkin mereka takut untuk kehadapan. Saya kira itu bukan masalah kami sebagai AJK. Kami belajar untuk jadi Profesional. Selagi tiada suara yang membantah, kami assume semua berjalan dengan lancar. Saya juga rasa saya cukup friendly dengan semua rakan form three tidak kira mereka dari kelas KRK mahupun KAA.  Perlu juga diingatkan bahawa AJK telah ditubuhkan sejak sekian lama. Daripada satu tarikh ditunda ke satu tarikh dan ditunda lagi. Sepanjang tempoh tersebut saya berada di sekolah dan tidak ada orang yang beri pendapat.

Semua pelajar support apa yang kami lakukan. Mereka berusaha untuk menghargai usaha kami. Kenapa tidak puan. Berdasarkan perancangan kami, aktiviti yang dijalankan cukup mantap sama seperti persediaan kami untuk party ini. Kami melakukan yang terbaik dan ingin menggembirakan semua orang. Berdasarkan schedule majlis bermula 7.30 sehingga balik. Tapi, schedule Puan majlis bermula pada jam 9 dan tamat pada jam 11. Masa yang diperuntukan hanya 2 jam. Dan aktiviti apa aja yang bisa dijalankan. Huhhh.


Saya mohon pihak Puan dapat mempertimbangkan semua ini. Berilah kami enjoy sepuas-puasnya. Semua orang happy, urusetia jugak sangat happy. Akhir sekali, saya hanya minta puan, beri peluang buat kami, sedikit kepercayaan dan sokongan padu buat kami team urusetia. Percayalah akan kemampuan kami, sesungguhnya kami hanya ingin melakukan yang terbaik buat semua pihak. InsyaAllah.


ps: Thnks to our mummy for the support :] You're the best teacher

1 comment:

Muhamad Ulwan Bin Mokhtar Mohed said...

rilek la, kak.
mmg fitrah manusia canggitu.
nk wt camne. nk marah pun tak gune..