WELCOME TO MY BLOG
Why is it THE VOCIFEROUS-FILLE?

Vociferous is an adjective which can be defined as an expressing opinions or feelings in loud and confident way

Fille is actually a French word mean a girl.

I take this blog as a medium for me to share my opinions or knowledge with other people. Feel free to read and have a blast! ;)

Tuesday, September 1, 2009

Tahniah, awak GAGAL!

Hari ini, 1 September 2009 hari paling bersejarah dalam hidup aku kerana telah GAGAL dalam peperiksaan kertas Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan buat Amalina Suraya binti Sahar kerana hanya memperoleh 34/100 yang membawa gred E. Pertama kali dalam hidup saya, di alam persekolahan sekolah menengah, GAGAL dalam peperiksaan yang diduduki walaupun hanya kertas Pend Sivik. Hanya kerana mebulatkan jawapan menggunakan pen, guru sivik saya mengambil keputusan untuk tidak menandanya walaupun pada hakikatnya jika ditanda saya memperoleh markah 35/40 yang mampu membawa gred A. Terima Kasih ya cikgu. Jasamu dikenang. Saya tak mahu memaksa cikgu, kerana saya juga tidak suka dipaksa paksa. Hari ini, saya menangis. Menangis kerana saya bekerja keras untuk mendapat markah tinggi, tetapi hanya kerana sebatang PEN, saya gagal. Tidak mengapalah, saya REDHAkan sahaja. Sekurang kurangnya saya dapat rasa bagaimana perasaan seorang pelajar yang telah bertungkus lumus untuk berjaya dan akhirnya GAGAL. Kenangan yang saya tidak akan lupakan untuk selamanya.

ps: Gila banyak sebut perkataan GAGAL kan :)

1 comment:

ilyaarawks :) said...

aww sis. kesiannye.
nvm. jgn repeat lagi :))